entah mengapa sejak akhir-akhir ini aku rasakan sesuatu yang amat aneh selepas sahabatku memberitahu dia mempunyai masalah dengan dirinya sendiri. sahabat yang selalu menjadi teman bergaduh. sahabat yang sering mendengar segala keluhan dan bebelanku terhadapanya tanpa jemu dan penat. tiba-tiba dia memberitahu seolah-olah akan meninggalkanku. sungguh aku sedih. adakah mimpiku menjadi nyata? adakah dia orangnya yang aku mimpikan itu walaupun tidak dapat ku lihat jelas wajahnya? sungguh lama tidak ku dengar khabarnya. aku hanya bertanya selepas pensyarah memberitahu dia tidak menghantar kerjanya lagi. risau sungguh risau. siapa tak risau jika seorang sahabat yang ingin kita lihat berjaya bersama-sama mempunyai masalah yang tidak mahu dikongsi bersama. aku tidak mahu memaksanya untuk memberitahuku. dia hanya menyatakan bahawa dia akan memberitahuku setelah aku tidak nampak dia lagi selepas ini. janganlah pergi wahai sahabat. dimanakah tempat untukku meluahkan segala kata-kata yang tidak sanggup didengar oleh orang lain?
Ya Allah, KAU lindungilah sahabatku. KAU tetapkanlah imannya. KAU berikanlah peluang padanya. KAU sembuhkanlah sakit yang ditanggunginya. AMIN.....