Pemanis Kata


Sunday, 12 June 2011

setianya bintang pada bulan

“Matahari beransur pergi untuk memberi laluan kepada bulan.Sayangnya pada bulan yang sendirian maka bintang setia menemani bulan saban malam.Setia sungguh bintang pada bulan ,bertuahnya bulan…….”,Anis berkata padaku tatkala kami menikmati panorama senja.Jalur-jalur jingga diselangi kelabu bertebaran di kaki langit.Bunyi unggas berterbangan pulang ke sarang jelas kedengaran di telinga kami seolah-olah mengingatkan kami untuk pulang ke rumah memandangkan siang sudah hampir melabuhkan tirainya.Aku lihat Anis tersengih sendirian barangkali di alam fantasi ciptaannya sendiri.Aku segera menyergah Anis supaya dia bangkit dari lamunannya.
“Anis,awak berkhayal pasal apa pula kali ini?”. Anis tersenyum mendengar pertanyaanku itu.”Saya sedang memikirkan sampai bila bintang akan setia pada bulan”,jawab Anis padaku.

        “Anis!”satu jeritan kedengaran dan hampir sahaja memecahkan gegendang telinga kami.Aku tersentak.Begitu juga dengan Anis.Kelihatan Puan Nisa menghampiri kami.Anis seolah-olah sudah menjangka kehadiran ibunya itu.”Anis,penat ibu cari kamu keliling kampung.Rupanya kamu di sini.Eh, Zara!Bila sampai?Patutlah mak cik lihat ibu kamu sibuk membeli barangan kampung.Rupanya anak kesayangan pulang”.Puan Nisa menceloteh sendirian.Aku menjawab pertanyaannya dengan tenang,”Saya baru je sampai pagi tadi.Sampai-sampai je saya terus cari Anis”.Puan  Nisa menggeleng mendengar jawapan ku tadi.Mungkin dia hairan dengan sikapku yang masih berkawan dengan Anis.Aku pun tidak tahu apa yang menyebabkanku masih berkawan dengan Anis.

****
        Anis Syazwani binti Zaini.Sahabatku sejak kecil lagi.Aku mula rapat dengannya sejak umurku 3 tahun lagi.Kami selalu menghabiskan masa bersama-sama.Pergi sekolah bersama.Main pada waktu petang bersama.Pendek kata kami membesar bersama.Masih segar di kotak ingatanku sewaktu aku dan Anis masih di prasekolah.Prasekolah Seri Menanti.Ya !.Prasekolah itulah yang melakar satu lembaran baru di hidup Anis.Waktu itu semua pelajar ditugaskan untuk membuat satu karangan pendek tentang keluarga.Cikgu Ros,cikgu pra kami pada waktu itu membenarkan kami membawa kerja itu pulang ke rumah.Pada keesokan harinya,kami dikehendaki membentangkan hasil kerja masing-masing di hadapan kelas.Aku lihat di atas meja Anis kosong.Aku kehairanan.Aku segera bertanya kepada Anis, “Anis,awak buat apa semalam?”Anis memandangku dengan penuh kehairanan.”Saya tak buat apa”,jawab Anis selamba.Sewaktu giliran Anis membentangkan hasil kerjanya,dia hanya memberikan jawapan,”Cikgu,saya tak tahu pun ada kerja sekolah ni.”Cikgu Ros terkejut dengan jawapan Anis.Mana mungkin Aanis tidak tahu langsung mengenai kerja ini.”Anis,awak tunggu sebentar selepas kelas kita habis nanti”,kata Cikgu Ros pendek.Mungkin dia malas untuk memarahi Anis ataupun dia mengesyaki Anis mempunyai masalah.

****
        Aku hanya dapat bersekolah bersama-sama Anis sehingga darjah 6.Aku ditawarkan ke sekolah berasrama yang agak jauh dari rumahku.Pada awalnya aku enggan menerima tawaran tersebut.Namun,pujukan demi pujukan kedua orang tuaku telah meruntuhkan keegoanku.Masih ku ingat sewaktu hari terakhir aku dan Anis berjumpa sebelum aku menjejakkan kaki di sekolah baru.”Zara,awak pandai sebab tu awak boleh masuk sekolah asrama.Tak macam saya.Semua orang cakap saya tak pandai.Saya nak jugak jadi macam  awak!”kata-kata Anis begitu mengejutkan aku.Aku tidak menyangka di sebalik wajah tenang Anis Syazwani tersimpan 1001 rahsia.”Anis,tak baik awak cakap macam tu.Awak tahu kan semua orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.Mungkin kelebihan awak bukan dalam bidang ini.Saya yakin awak akan jadi seseorang yang berjaya”,aku meyakinkan Anis.Aku lihat Anis hanya mampu tersenyum.”Cakap awak betul tu Zara.Tapi saya perlukan awak sebagai tulang belakang saya.Awak kena janji dengan saya satu perkara.Boleh?”soal Anis padaku.”Janji apa?”tanyaku kembali.”Awak kena janji dengan saya yang awak akan jadi sahabat saya selamanya.Kalau boleh saya nak jadi bintang yang selalu setia pada bulannya.”Anis berkata padaku dengan sungguh-sungguh.Tanpa aku pinta sebutir demi sebutir air mataku jatuh berguguran.Aku hanya membalas permintaan Anis dengan anggukan dan linangan air mata.Pada saat itu aku yakin persahabatan antara kami yang terbina sejak kecil akan berkekalan.

      Lamunanku terhenti apabila dikejutkan dengan satu suara yang amat ku kenali. “Zara,berangan putera raja mana pulak kali ini?”soal Mak Usu ku.Aku hanya mampu tersenyum mendengar persoalan yang mengarut itu. “Eh,Mak Usu ni!Ke situ pulak dia.Zara teringat kenangan waktu kecik-kecik dulu dengan Anis,”jawabku jujur.Ku lihat Mak Usu menghela nafas yang panjang selepas mendengar jawapan ku itu seolah-olah ingin menceritakan sesuatu. “Zara,Anis ada cerita apa-apa tak pada Zara tentang penyakitnya itu?”soal Mak Usu.Aku membulatkan mataku sebagai reaksi bahawa aku sangat terkejut dengan pernyataan Mak Usu tadi.Aku menggelengkan kepala.Mak Usu menceritakan satu-persatu kepadaku masalah yang menimpa Anis.Menurut Mak usu yang juga merupakan guru Bahasa Melayu di sekolah menengah,Anis disahkan mempunyai masalah pembelajaran iaitu,disleksia.Sewaktu Anis berada di Tingkatan 1,guru-guru dapat mengesan keputusan Anis selalu yang tercorot.Mereka mengambil keputusan untuk mengadakan ujian khas untuk Anis.Mereka mendapati Anis mempunyai masalah pembelajaran yang dikenali sebagai disleksia.Disleksia merupakan satu daripada masalah pembelajaran yang kerap berlaku .Meraka yang mempunyai masalah ini akan mempunyai kesukarn dalam menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.Walaupun begitu,mereka mempunyai kemampuan intelek yang normal.Aku terpampan sebentar mendengar penjelasan Mak Usu. “Patutlah Zara lihat Anis selalu ketinggalan dalam pembelajaran,”tungkasku kepada Mak Usu.Kini barulah aku faham dengan masalah yang dihadapi oleh sahabat ku itu.Mak Usu menerangkan lagi masalah disleksia ini dihadapi oleh 4-8% pelajar sekolah.Ada orang berjaya yang mempunyai masalah ini juga seperti Albert Einstein,Leonardo Da Vinci dan Kuan Yew.Penerangan Mak Usu meyakinkanku bahawa Anis juga akan menjadi seseorang yang berjaya kelak.

*****

10 tahun kemudian……..

       Aku lihat dewan yang dihias indah itu dipenuhi dengan para sasterawan dan negarawan.Ya!Inilah hari bahagia Anis.Malam Satu Puisi Satu Malaysia.Aku di sini di atas jemputan sahabat baikku sendiri,Anis Syazwani.Sebentar lagi Anis akan naik ke atas pentas untuk mendeklamasikan sajaknya yang dapat menambat hati para juri sebulat suara memilihnya sebagai Juara Anugerah Sasterawan bagi tahun 2024. “Dipersilakan saudari Anis Syazwani naik ke pentas untuk menerima Anugerah Saterawan Negara dan seterusnya mendeklamasikan sajaknya”,kedengaran suara pengacara majlis menjemput Anis naik ke atas pentas.Seraya dengan  itu tepukan gemuruh kedengaran memenuhi ruang dalam dewan itu.Aku bangga melihat Anis mengambil trofi kemenangannya.Sahabatku dulu yang selalu berendam air mata kini berubah menjadi seorang yang dihormati dan disegani.Aku lihat Anis bersiap sedia mendeklamasikan sajaknya yang telah mengubah dunianya. “Bismillahirrahmanirrahim….Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya berdiri di sini setelah mencurahkan seluruh tenaga dan usaha saya untuk pertandingan berprestij ini.Sebelum itu saya ingin hadirin renungkan apa yang ingin saya katakana ini.Disebalik kejayaan seseorang pasti ada seseorang yang menjadi tulang belakangnya.Begitu juga dengan diri saya sendiri.Saya yang dahulunya dikenali sebagai seorang yang lembap dan mempunyai masalah tidak menyangka akan pergi sejauh ini.Semua ini adalah hasil dorongan yang tidak pernah putus oleh seorang sahabat.Dialah yang selalu mnjadi tempat untuk saya meluahkan segala yang terbuku di hati.Dialah yang selalu menghidupkan kembali semangat saya.Sajak yang akan saya deklamasikan pada malam ini diciptakan khas untuk seorang sahabat yang setia.Seperti setianya bintang pada bulannya.

                   Sahabat….
                   Terima kasih atas segalanya
                   Di atas semua dorongan dan pembakar semangat
                   Aku sayang sahabatku..
                    Tapi mereka cakap aku tak sempurna
                   Aku tak tahu kenapa,tapi,,,,,,
                   Aku sama seperti mereka
                   Apa kurangnya aku?
                   Aku punya mata,sama seperti mereka
                   Tapi kenapa mereka cakap aku tidak sempurna?Aku lembap
                   Aku tidak tahu

                   Aku sayang sahabatku
                   Aku tahu  aku tak pandai seperti mereka
                   Tapi aku akan usaha
                   Sebab aku mahu lihat senyuman terukir di bibirmu sahabat
                   Aku akan setia pada sahabat seperti setianya bulan kepada bintangnya…..

Zara Zainudin,terima kasih sebab jadi sahabat saya.Awak dah tepati janji awak.”
Aku menahan sebak.Melihat berdirinya sahabat baikku di atas pentas mendendangkan puisi khas untukku.Tidak ku sangka Anis yang dulunya disahkan mempunyai disleksia kini mampu mengatasi kelemahannya dan duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan orang-orang berjaya yang lain.Mungkin dia tidak mampu bejaya seperti Albert Einstein tetapi dia mampu menjadi seseorang yang dikenali.Mulai  saat itu aku sedar Anis merupakan anugerah Tuhan yang sangat bernilai.Aku akan setia pada sahabatku itu untuk selamanya.Aku tidak sabar untuk menunggu Anis turun dari pentas kerana aku ingin memeluknya. “Terima kasih Ya Allah  kerana mengurniakan ku seorang sahabat yang sangat bernilai”,bisik hati kecilku.

                
-TAMAT-

No comments:

Post a Comment