Sesungguhnya angan-angan memang tidak akan membawa kita ke mana-mana tetapi jika kita masih menyimpan angan-angan itu sebagai harapan untuk kita suatu hari nanti kita perlu redha sekiranya angan-angan itu bukanlah milik kita bila tiba masanya kelak. Janganlah pernah salahkan sesiapa, janganlah pernah menyalahkan takdir kerana takdir buat kita telah pun tertulis di Luh Mahfuz yang tidak pernah kita ketahui. Dan janganlah pernah kita salahkan Allah S.W.T. kerana setiap apa yang berlaku pada kita adalah rancangannya dan pasti sesuatu yang terbaik menanti kita kelak. Mungkin kerana kita belum cukup bersedia atau amal yang perlu kita dahulukan sebelum mengecapi angan-angan tersebut. Mungkin juga ia bukan yang terbaik untuk kita kerana kita perlu yakin akan ada yang terbaik untuk kita lebih dari ia. Oleh itu, jangan pernah berdendam dengan sesiapa tetapi persiapkan diri untuk tunduk pada-NYA kerana DIA adalah pendengar yang terbaik dan sentiasa ada untuk mengadu dalam segala hal. Janganlah pernah berputus asa dengan kehidupan kerana ia tidak akan membawa kita ke mana-mana. Malah perbaikilah diri kita supaya menjadi yang terbaik dan sentiasa tunduk pada-NYA bukan hanya dalam kesusahan malah jadikan ia rutin harian untuk menghadap-NYA kerana rindu dan cinta kepada-NYA. Mencintai-NYA lebih membawa seribu erti dalam sejuta rasa. Setiap kasih dan sayang-NYA tidak pernah berbelah bagi untuk hamba-NYA. Oleh itu, ketenangan akan dimiliki sekiranya ikhlas dan kasih pada-NYA. Sesungguhnya manusia itu mempunyai kekurangan yang banyak dan kelebihan yang boleh dikira dek jari jemari.
Cinta-NYA membawa kita ke syurga, kasih-NYA membawa kita ke cinta hakiki, rindu-NYA member ketenangan yang tidak terhingga.
No comments:
Post a Comment